Thursday, January 05, 2006

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya.

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam.

Perbezaan antara Rendah Diri dengan Rendah Diri

Perbezaan antara "merendah diri" dengan "rendah diri"

SATU hakikat yang tidak dapat disangkal ialah semua insan mempunyai perasaan rendah diri. Ia adalah manifestasi bahawa insan itu adalah golongan lemah dan tidak mempunyai kekuatan mutlak terhadap diri atau kehidupan. Sememangnya boleh diterima anggapan bahawa manusia mempunyai kekuatan atau kekuasaan terhadap diri dan kehidupan, tetapi suasana kehidupan sebenar tidak selalu menjamin keadaan sedemikian. Gambaran sebegini menjadikan manusia mudah untuk terus ditimpa kepayahan dalam kehidupan dan merasakan diri terlalu kerdil. Merasakan diri kerdil sebenarnya menunjukkan wujudnya perasaan rendah diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...