Wednesday, September 05, 2007

Letih Tak habis lagi....

- Walaupun konvokesyen telah berlalu tapi letihnya masih lagi terasa. Memang tak sempat nak check blog ni waktu konvokesyen ari tu. Tapi kira berbaloi la juga kerana konvo berjalan dengan lancar tanpa apa2 gangguan.

- Hari ni tinggal aku sorang jer kat unit aku. Officemate aku pakat cuti. Takper hari ni hari korang nanti hari aku jaga la. Aku pun nak cuti jugak. Tu la ingat O.T konvo ni aku nak claim cuti ajer la, tak nak claim duit. Jabatan aku pun dah semakin sengkek semenjak konvokesyen ni.

- Ada sorang officemate aku konvo juga tahun ni. Setelah penat lelah buat PJJ konvo juga akhirnya. Kira peluang cerahla nak naik pangkat. I solute u Abg mie.

Saturday, September 01, 2007

Merdeka Vs Konvokosyen

- Dalam tengah kalut sambut merdeka, kalut juga untuk jayakan konvokesyen. Aku rasa mlm merdeka tahun ni tak semeriah macam tahun lepas. Tapi bunga api tahun ni lagi banyak dari tahun lepas. Kira ok la, sekurang-kurangnya ada sambutan drp duduk di rumah tidur jer.

- Kelmarin aku lambat sikit ke bilik jubah. Malam kan sambut merdeka. Memang ramai la. Hari ni mungkin lagi ramai sebab hari terakhir. Kita lihatlah nanti.

- Semalam aku datang dgn anak bini aku buat kerja utk konvokesyen. Kena tampal nombor kerusi student. Nasib baikla bini aku sporting. Dia tolong jugak aku tampal. Dia kesian kot tengok aku. Aku bawa anak yang kecik jer. Kakak dia taknak ikut. Biasala anak tok.....

- Habis tampal stiker dalam pukul 9.20 mlm. Lepas tu kitaorang jalan2 dalam expo pulak. Takdak apa sangat pun, kebanyakan jual baju2, anak patung, resang2, cenderahati konvo & gerai2 promosi.Bini aku cuma 'survey' baju arini tp takda yg saiz kecik. Dalam pukul 10 lebih kami pun balik. Puhh mmg letih......

-

Wednesday, August 29, 2007

Sambutan Malam Merdeka

- hari ni merupakan hari ke-3 pemberian jubah. "That was something special happen today". Ari ni tak la ramai macam kelmarin. Tapi bole la tahan.

- Malam besok kena sambut merdeka di UUM dengan bos.(Kesian anak bini kat umah). Kitaorang ada program pada sambutan malam merdeka esok. Harap2 hujan la malam besok, tak la teruk sangat. Isy...apala aku ni macam tak ikhlas jer nak keja.

- Kelmarin juga tercetusnya perang dunia di dalam jabatan aku. Entahlah sapa yang betul. Sedang asyik memberi jubah kepada student tetiba jer datangla sorang pegawai ni sound yg bukan2, tuduh itula inilah. Apalagi kira gamat jugala dalam bilik jubah tu. Ikutkan hati nak tutup jer bilik jubah puas hati saper pun tak bole konvo.

- Pagi ni boss aku paling besar(Cik baha) masuk dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Dia cuma nak ceritakan berkaitan konvokesyen UUM. Harap2 dia sebutla nama kami yg sedang bekerja ni. Sejuk sikit hati nak buat kerja.

Tuesday, August 28, 2007

Jubah Konvokesyen

- Hari ni merupakan hari ke-2 pemberian jubah konvokesyen. UUM akan konvo pada 2-3 Sept. Ramai juga yg dtg kelmarin. Maklumla tak sabar nak konvo.

-Kira 2 minggu ni aku balik lambat dari biasa. Maklumla kerja, nak buat macam mana. Yang penting kita buat kerja dgn hati yang ikhlas. Kalau boss suruh buat 'A' jgn buat 'B' pulak. Kita ni org bawah terpaksalah ikut tapi tertakhluk juga kepada batas2 kerja.

-Hari ni tak sabar nak pegi bagi jubah. Seronok juga lihat telatah student2 ni. Itu tak kena,ini tak kena. Saiz besar la, labuh la, singkat la, tak come la,terkoyak la, kotor la & mcm2.

Monday, August 20, 2007

Kelantan Aku Cabar Kau...

- Besok aku akan bertolak ke Kelantan. Tak sabar rasanya nak rasa angin banjaran Titiwangsa. Mesti best punya.

- Officemate pakat kirim macam-macam. Ada yang pesan budu(hok sedap),asam masam manis, Kepok losong dan tak lupa buah salak. Insya-Allah aku akan cuba cari semua benda tu.

-Semoga aku selamat pergi dan pulang Aminnn...

Sunday, August 19, 2007

Hujan.....

- Lama kedah tak ujan. Hari ni aku naik moto ke tempat keja. Nak balik ujan pulak. Moto nak kena servis. Moto baru wooo KCC....

-Bila la ujan ni nak berenti. Minggu ni aku keja sampai ari selasa ja. Aku nak balik Pasir mas, Kelate. Rasa macam lama juga aku tak balik.

-Mungkin bole dapat ketenangan di Kelantan nanti...taktaula...

Wednesday, July 25, 2007

Musim Demam Woi.....

- Lama rasanya x online kat Blog ni. Kepada sesiapa yg mengikutiku minta maafla yer. Bukannya apa sibuk sangat melayan karenah anak-anak. Nak buat macam mana sementara nak besar. Nanti besar pandaila jaga diri.

- Anak yg kecik(Mat Aqeem) tu demam la pulak. Banyak hari dah demam, cuma ari ni dah ok sikit. Kesian dia asyik kena jolok punggung dgn ubat. Sebab tu kebelakangan ni nak buat keja pun asyik teringat dia jer. Nak online dlm blog ni pun tak sempat.

- Macam2 ubat dah beli nasib baik hari ni ok. Ubat dia berbotol2 nak kena telan. Akhir sekali amik air penawar kat Tok Pin di Bt Bertangkup, Perlis. Air penawar tu drp akar kayu utk sejukkan badan.

Thursday, July 19, 2007

Bengkel oh Bengkel...

- Hari ni ke tempat keja mcm biasa. Baju tak sempat nak streka tapi aku bedal ja. Asalkan namanya baju.

- Aku jaga kaunter dari 8-11 pagi. Student x ramai tapi kebanyakan tanya berkaitan SDG & TITAS. Kalau nak tau apa tu SDG & TITAS mari la belaja @ keja kat UUM ni. Baru tahu apa bendanya tu.

- Tgh kalut sikit sbb nak kena siapkan fail untuk bengkel petang ni. Aku dan Aida kena jaga bahagian pendaftaran. Memang kalut la angkat fail berkotak2. Kami pakai tiga kereta nak bawa kotak tu. Kalau minta lori kat JPP kan senang. tapi dah terlewat. Nasib baik ada budak pemb. Exam bolela minta tolong angkat.

- Waktu pendaftaran tu asyik kena berleter ja dengan prof2 & Dr2 yg pegi bengkel tu. Sakit ati ja tapi aku kena kuatkan semangat sbb kita ni kuli ja....tu la dulu org suruh belajar pandai2 tak nak, tapi kalau tak da kuli2 ni sapa yg nak buat keja. ALLAH dah atur tu memang sempurna...

-Kat bengkel tu ada makan kuay teaw ngan sandwich. Aku la org yg paling awal rasmi makan tu, memang sedap tak ingat punya(lapar sama...). Ingat nak bungkus bawa balik kat anak2 tp dah habis licin kena sapu dgn student TITAS. Mungkin x der rezeki kot....

Wednesday, July 18, 2007

Sengkek woi......

- Seperti biasa aku bangun 6.00 pg. Itupun sbb Aqeem nangis nak susu, kalau tak lambat aku ari ni. Rasa puas tidur ...

- Aku bergegas ke UUM dlm pukul 6.45 pg. Drive kereta relaks jer macam nak pegi makan angin. Minyak pun save. Maklumla minyak kan mahal sekarang ni. Rasa sayang pulak kalau nak bubuh banyak-banyak. Kalau meter minyak tu bole turun sampai bawah tanda merah, aku akan still drive lagi.

- Minggu ni biasa la, ujung-ujung bulan. Duit pun x berapa nak ada. Gaji masuk minggu depan 25 h/b. Rasa lambat jer nak masuk. Aku dah la sengkek ni. Claim yang aku buat pun lambat masuk. Kalau tidak masuk cepat. Bersabar....

- Hari ni Cik Mie (pegawai) bawak durian & manggis dari dusun dia. Dah la sedap, isi diapun besar2. Memang best la Cik mie. Cuma manggis x sempat nak makan. Habis disapu kawan2. Tak pa, mungkin kawan2 aku ni lama x rasa manggis.

-Jaga kaunter pukul 8-11 pg. Student dah tak ramai.Cuma ada saki baki budak rayuan yg baru dtg daftar. Kenala aku key-in jadual untuk mereka.Besok aku ada bengkel tapi fail-fail x siap lagi. Bahan utk bengkel tu ada tapi fail yg x sampai2 lagi. Nak marah pun ada. Tapi nasib bengkel start petang esok. Pagi esok sempat lagi.(Last minute lagi). Ikutkan mlm ni kena buat O.T. tapi sbb fail x sampai lagi esokla jawapnya.

Tuesday, July 17, 2007

Liku-liku kehidupan

- Ari ni aku bertolak seawal 6.45 pagi ke ofis(UUM dihatiku). Pagi ni rasa amat tenang sekali. Jalan raya pun kosong seperti memberi laluan kepadaku pergi kerja. Sambil membuka Hot.Fm aku melayan lagu VE-Bila Rindu."Bila rindu....terkenangmu siang terasa sayu....sayupnya diriku bila malam...makin kelam....jauhnya diriku melayang...". Memang layan habis...

- Pagi ni aku ada ceramah agama di bilik taklimat keselamatan. Baru jer masuk 15 minit terpaksa dibatalkan sbb ada org nak guna bilik. Apala diorang ni lebih pentingkan hal duniawi.Ofis aku pun ari ni tetiba jer jadi kecoh bila pelajar yang buat rayuan(2nd intake) daftar ari ni. Kaunter memang sesak.

- Aku jaga kaunter 11-1 ptg. Memang sampai habis suara aku nak cakap ngan bebudak ni. Tetapi semua kira okla. Takder la sampai mengamuk. Time rehat aku bedal Nasi Kandar Subaidah yang disediakan oleh jabatan. Perghhhh...sedap tak ingat....Harap esok ada lagi.

- Petang aku habiskan kerja-kerja yang boss bagi. Tu pun ada banyak lagi tak habis. Ikutkan aku tak suka tangguhkan kerja tetapi kalau aku still buat juga alamatnya tak balikla aku. Tahka sampai esok pun tak tentu habis ka tidak. Inilah antara liku-liku yang terpaksa aku tempuhi...Aminn...

Sunday, July 15, 2007

Hari-hari Yang Ku Lalui...

- Setelah 2 hari bercuti, akhirnya aku menyambung kembali pekerjaanku di UUM. Terharu rasanya untuk tinggal anak2ku aqeem dan balqis. Tak pa....abah cari duit untukmu...

-Hari ni ku rasa seperti banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Tula kalau aku bawa balik kerja kan settle. Tp nnti x da masa utk anak2 pulak. Inilah antara dugaan yang terpaksa aku tempuhi jua, walaupun perit untuk ku telan. Teringat aku pada kata2 CikWanieOnline"Allah takkan menguji kita kalau kita tak mampu". Percayalah...

-Ari ni aku jaga kaunter pukul 2 sampai 4.45 ptg. Fuiiyooo. Mmg ramai student ari ni. Macam-macam ada sebab budak international amik jadual ari ni. Bolelah aku belaja speaking. Memang cair habis sampai Negro tu x berapa paham. Tapi semuanya terkawal.

-Ari ni juga aku kena balik lambat sebab aku & beberapa staff yang terpilih ditugaskan mengunci bilik kuliah.Sedihnya aku kena balik lambat . Tah macam mana perasaan anak2 aku.Tapi nak buat macam mana, kerja beb... Tapi takpa sebab bole claim O.T (berapa la sangat). Hidup mesti diteruskan. . .

Thursday, July 12, 2007

Kehidupanku ini.....

- Ari ni gi keje macam biasa. Bangun lewat sikit.Selalu 6.45 @ 6.30, tp ari nie 7.05. Suboh tu kira gajahla. Naik keta satriaku pun laju. Kesian ngan dia pagi2 kena pulun untuk aku. Bukannya apa aku cari duit pun untuk repair dia(satriaku) juga.

- Sampai ja ofis kena jaga kaunter. Pg2 lg berduyun student datng. Dah tu pulak soal macam2. Kekadang tu diorang lebih percaya khabar angin yang bertiup kencang di kolej2. Satu hal lagi, bila kita kata tidak bole, diorang kata bole. Ikutkan hati nak suruh jer budak tu ganti tempat aku. Kan aman sikit. Aku jaga kaunter ngan abg mie setakat pukul 11.00 pg aje. Aku ngan abg mie biasala satu kepala. Sembang memang takdak bab lain. Mesti bab bola. Tambah pulak ada abg wahab. Peghhhhh...A to Z.

-Ofis aku 2 tingkat, tempat aku di bawah. Kaunter di atas. Aku pun heran kenapala diorang letak aku ngan aida(satu unit) jaga kaunter. Kami ni ada di bwh, ramai lagi yang duduk kat atas.Apa-apa pun kerja mesti dilakukan yang penting kita ikhlas.

-Ari ni aku balik lambt sebab kena kemas kertas2 kerja penawaran dan pengiktirafan di bilik bos aku Cik din. Tapi kira okla sebab dia tolong sekali. Setengah bos cakap ja lebih. Suruh buat itu ini. Tapi dia tah hilang ke mana. Aku mmg respect la kat Cik din...

Wednesday, July 11, 2007

Baru Ku Sedar.....

- Sekarang baru kusedar kegunaan blog ini. Ia hanyalah luahan kita berkaitan kehidupan yang kita jalani ini. Bukannya hanya cut & paste @ ciplak artikal dan tempek kat blog.
Baru Ku Sedar.....

- Hari ini aku tak keje. Awal-awal lagi aku keluar umah pegi Alor Setar. Ada la pekerjaan yang aku lakukan.(ada hal sikit). Habis hal tersebut aku singgah kedai mamak. Rupa-rupanya ada semi final COPA. Brazil vs Uruguay. Apalagi layan terus. Tapi aku penyokong ARGENTINA. Takpala janji bola. Aku harapkan Brazil akan kalah. Akhirnya mereka layak jugak slps 2-2 dan penalti 5-4. Diego Forlan(Uruguay) sepak tak masuk. Frust aku. Rugi duit aku kena bayar kat mamak capati dgn teh tarik kurang manis .Tapi kalau Brazil kalah pun aku ttp kena bayar.

- Dalam dok layan bola tu, ada sorang apek cina datang. Dia pesan Teh O ais kurang manis. Bila air tu sampai dia terus minum hingga tinggal setengah cawan. Lalu dia terus bangun dan minta air untuk ditambah dalam cawan tersebut. Dia cakap air tu manis sgt. Dia ingat bila dia tambah air kosong gula tu akan kurang kot.Baru aku terpikir gula tu takkan kurang,lainla kalau dia buang air tu. Ni tak. Dia melantak setengah cawan. Gula masuk dlm badan dia tak akan kurang gak. Apala apek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...