Wednesday, July 25, 2007

Musim Demam Woi.....

- Lama rasanya x online kat Blog ni. Kepada sesiapa yg mengikutiku minta maafla yer. Bukannya apa sibuk sangat melayan karenah anak-anak. Nak buat macam mana sementara nak besar. Nanti besar pandaila jaga diri.

- Anak yg kecik(Mat Aqeem) tu demam la pulak. Banyak hari dah demam, cuma ari ni dah ok sikit. Kesian dia asyik kena jolok punggung dgn ubat. Sebab tu kebelakangan ni nak buat keja pun asyik teringat dia jer. Nak online dlm blog ni pun tak sempat.

- Macam2 ubat dah beli nasib baik hari ni ok. Ubat dia berbotol2 nak kena telan. Akhir sekali amik air penawar kat Tok Pin di Bt Bertangkup, Perlis. Air penawar tu drp akar kayu utk sejukkan badan.

Thursday, July 19, 2007

Bengkel oh Bengkel...

- Hari ni ke tempat keja mcm biasa. Baju tak sempat nak streka tapi aku bedal ja. Asalkan namanya baju.

- Aku jaga kaunter dari 8-11 pagi. Student x ramai tapi kebanyakan tanya berkaitan SDG & TITAS. Kalau nak tau apa tu SDG & TITAS mari la belaja @ keja kat UUM ni. Baru tahu apa bendanya tu.

- Tgh kalut sikit sbb nak kena siapkan fail untuk bengkel petang ni. Aku dan Aida kena jaga bahagian pendaftaran. Memang kalut la angkat fail berkotak2. Kami pakai tiga kereta nak bawa kotak tu. Kalau minta lori kat JPP kan senang. tapi dah terlewat. Nasib baik ada budak pemb. Exam bolela minta tolong angkat.

- Waktu pendaftaran tu asyik kena berleter ja dengan prof2 & Dr2 yg pegi bengkel tu. Sakit ati ja tapi aku kena kuatkan semangat sbb kita ni kuli ja....tu la dulu org suruh belajar pandai2 tak nak, tapi kalau tak da kuli2 ni sapa yg nak buat keja. ALLAH dah atur tu memang sempurna...

-Kat bengkel tu ada makan kuay teaw ngan sandwich. Aku la org yg paling awal rasmi makan tu, memang sedap tak ingat punya(lapar sama...). Ingat nak bungkus bawa balik kat anak2 tp dah habis licin kena sapu dgn student TITAS. Mungkin x der rezeki kot....

Wednesday, July 18, 2007

Sengkek woi......

- Seperti biasa aku bangun 6.00 pg. Itupun sbb Aqeem nangis nak susu, kalau tak lambat aku ari ni. Rasa puas tidur ...

- Aku bergegas ke UUM dlm pukul 6.45 pg. Drive kereta relaks jer macam nak pegi makan angin. Minyak pun save. Maklumla minyak kan mahal sekarang ni. Rasa sayang pulak kalau nak bubuh banyak-banyak. Kalau meter minyak tu bole turun sampai bawah tanda merah, aku akan still drive lagi.

- Minggu ni biasa la, ujung-ujung bulan. Duit pun x berapa nak ada. Gaji masuk minggu depan 25 h/b. Rasa lambat jer nak masuk. Aku dah la sengkek ni. Claim yang aku buat pun lambat masuk. Kalau tidak masuk cepat. Bersabar....

- Hari ni Cik Mie (pegawai) bawak durian & manggis dari dusun dia. Dah la sedap, isi diapun besar2. Memang best la Cik mie. Cuma manggis x sempat nak makan. Habis disapu kawan2. Tak pa, mungkin kawan2 aku ni lama x rasa manggis.

-Jaga kaunter pukul 8-11 pg. Student dah tak ramai.Cuma ada saki baki budak rayuan yg baru dtg daftar. Kenala aku key-in jadual untuk mereka.Besok aku ada bengkel tapi fail-fail x siap lagi. Bahan utk bengkel tu ada tapi fail yg x sampai2 lagi. Nak marah pun ada. Tapi nasib bengkel start petang esok. Pagi esok sempat lagi.(Last minute lagi). Ikutkan mlm ni kena buat O.T. tapi sbb fail x sampai lagi esokla jawapnya.

Tuesday, July 17, 2007

Liku-liku kehidupan

- Ari ni aku bertolak seawal 6.45 pagi ke ofis(UUM dihatiku). Pagi ni rasa amat tenang sekali. Jalan raya pun kosong seperti memberi laluan kepadaku pergi kerja. Sambil membuka Hot.Fm aku melayan lagu VE-Bila Rindu."Bila rindu....terkenangmu siang terasa sayu....sayupnya diriku bila malam...makin kelam....jauhnya diriku melayang...". Memang layan habis...

- Pagi ni aku ada ceramah agama di bilik taklimat keselamatan. Baru jer masuk 15 minit terpaksa dibatalkan sbb ada org nak guna bilik. Apala diorang ni lebih pentingkan hal duniawi.Ofis aku pun ari ni tetiba jer jadi kecoh bila pelajar yang buat rayuan(2nd intake) daftar ari ni. Kaunter memang sesak.

- Aku jaga kaunter 11-1 ptg. Memang sampai habis suara aku nak cakap ngan bebudak ni. Tetapi semua kira okla. Takder la sampai mengamuk. Time rehat aku bedal Nasi Kandar Subaidah yang disediakan oleh jabatan. Perghhhh...sedap tak ingat....Harap esok ada lagi.

- Petang aku habiskan kerja-kerja yang boss bagi. Tu pun ada banyak lagi tak habis. Ikutkan aku tak suka tangguhkan kerja tetapi kalau aku still buat juga alamatnya tak balikla aku. Tahka sampai esok pun tak tentu habis ka tidak. Inilah antara liku-liku yang terpaksa aku tempuhi...Aminn...

Sunday, July 15, 2007

Hari-hari Yang Ku Lalui...

- Setelah 2 hari bercuti, akhirnya aku menyambung kembali pekerjaanku di UUM. Terharu rasanya untuk tinggal anak2ku aqeem dan balqis. Tak pa....abah cari duit untukmu...

-Hari ni ku rasa seperti banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Tula kalau aku bawa balik kerja kan settle. Tp nnti x da masa utk anak2 pulak. Inilah antara dugaan yang terpaksa aku tempuhi jua, walaupun perit untuk ku telan. Teringat aku pada kata2 CikWanieOnline"Allah takkan menguji kita kalau kita tak mampu". Percayalah...

-Ari ni aku jaga kaunter pukul 2 sampai 4.45 ptg. Fuiiyooo. Mmg ramai student ari ni. Macam-macam ada sebab budak international amik jadual ari ni. Bolelah aku belaja speaking. Memang cair habis sampai Negro tu x berapa paham. Tapi semuanya terkawal.

-Ari ni juga aku kena balik lambat sebab aku & beberapa staff yang terpilih ditugaskan mengunci bilik kuliah.Sedihnya aku kena balik lambat . Tah macam mana perasaan anak2 aku.Tapi nak buat macam mana, kerja beb... Tapi takpa sebab bole claim O.T (berapa la sangat). Hidup mesti diteruskan. . .

Thursday, July 12, 2007

Kehidupanku ini.....

- Ari ni gi keje macam biasa. Bangun lewat sikit.Selalu 6.45 @ 6.30, tp ari nie 7.05. Suboh tu kira gajahla. Naik keta satriaku pun laju. Kesian ngan dia pagi2 kena pulun untuk aku. Bukannya apa aku cari duit pun untuk repair dia(satriaku) juga.

- Sampai ja ofis kena jaga kaunter. Pg2 lg berduyun student datng. Dah tu pulak soal macam2. Kekadang tu diorang lebih percaya khabar angin yang bertiup kencang di kolej2. Satu hal lagi, bila kita kata tidak bole, diorang kata bole. Ikutkan hati nak suruh jer budak tu ganti tempat aku. Kan aman sikit. Aku jaga kaunter ngan abg mie setakat pukul 11.00 pg aje. Aku ngan abg mie biasala satu kepala. Sembang memang takdak bab lain. Mesti bab bola. Tambah pulak ada abg wahab. Peghhhhh...A to Z.

-Ofis aku 2 tingkat, tempat aku di bawah. Kaunter di atas. Aku pun heran kenapala diorang letak aku ngan aida(satu unit) jaga kaunter. Kami ni ada di bwh, ramai lagi yang duduk kat atas.Apa-apa pun kerja mesti dilakukan yang penting kita ikhlas.

-Ari ni aku balik lambt sebab kena kemas kertas2 kerja penawaran dan pengiktirafan di bilik bos aku Cik din. Tapi kira okla sebab dia tolong sekali. Setengah bos cakap ja lebih. Suruh buat itu ini. Tapi dia tah hilang ke mana. Aku mmg respect la kat Cik din...

Wednesday, July 11, 2007

Baru Ku Sedar.....

- Sekarang baru kusedar kegunaan blog ini. Ia hanyalah luahan kita berkaitan kehidupan yang kita jalani ini. Bukannya hanya cut & paste @ ciplak artikal dan tempek kat blog.
Baru Ku Sedar.....

- Hari ini aku tak keje. Awal-awal lagi aku keluar umah pegi Alor Setar. Ada la pekerjaan yang aku lakukan.(ada hal sikit). Habis hal tersebut aku singgah kedai mamak. Rupa-rupanya ada semi final COPA. Brazil vs Uruguay. Apalagi layan terus. Tapi aku penyokong ARGENTINA. Takpala janji bola. Aku harapkan Brazil akan kalah. Akhirnya mereka layak jugak slps 2-2 dan penalti 5-4. Diego Forlan(Uruguay) sepak tak masuk. Frust aku. Rugi duit aku kena bayar kat mamak capati dgn teh tarik kurang manis .Tapi kalau Brazil kalah pun aku ttp kena bayar.

- Dalam dok layan bola tu, ada sorang apek cina datang. Dia pesan Teh O ais kurang manis. Bila air tu sampai dia terus minum hingga tinggal setengah cawan. Lalu dia terus bangun dan minta air untuk ditambah dalam cawan tersebut. Dia cakap air tu manis sgt. Dia ingat bila dia tambah air kosong gula tu akan kurang kot.Baru aku terpikir gula tu takkan kurang,lainla kalau dia buang air tu. Ni tak. Dia melantak setengah cawan. Gula masuk dlm badan dia tak akan kurang gak. Apala apek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...