Thursday, December 29, 2011

MeaNinG (A to Z) A FriEnD

A ccept you as you are

B elieve in you

C alls you just to say 'Hi'

D oesn't give up on you

E nvisions the whole of you (even the unfinish parts)

F orgives your mistakes

G ives unconditionally

H  elps you

J ust want to 'be' with you

K eeps you close at heart

L  oves you for who you are

M akes a difference in your life

N  ever judges

O ffers

S  upport

P  icks you up

Q  uiets your fears

R  aises your spirit

S  ays nice thing about you

T  ells you the truth when you need to hear it

nderstands you

alues you

alks with you

X -plain things you don't understand

Y  ells when you don't listen

aps you back to reality

     "Friends are angels who lift us to our feet when our wings have trouble to fly"
Have a nice and fruitful day always

Friday, December 23, 2011

Dosa LeBiH BeSar DaRi BerZiNa..


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.



Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
 "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

 "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan  tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Saturday, November 05, 2011

Ke MaNa Roh SelePaS Keluar Dari JaSAD

Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah ROH LALAI, yakni orang Islam yang tidak solat dan jarang beramal soleh tetapi menyangka mereka jauh lebih baik dari orang yang beramal soleh dan sering pula menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka selain orang-orang kafir, manakala kelompok kedua adalah ROH BERIMAN.

ROH LALAI, sebaik keluar dari jasad akan terus diperlihatkan neraka jahannam dan mereka terperanjat lalu menangis ketakutan seraya berkata:"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini" (Al Fajr:24)

Sedang ROH BERIMAN, sebaik keluar dari jasad terus dibawa melalui 7 lapisan langit dengan haruman kasturi sehingga berpandangan para penghuni langit seraya memberi salam kepada roh itu. Dibawa malaikat Izrael sehingga roh itu berhadapan dengan Allah Swt, lantas Allah berfirman:
Hai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

Selepas melihat balasan syurga yang bakal diterimanya pada hari kiamat kelak, roh dibawa semula kepada jasad ketika proses mengkafan jenazah, dan kemudian dibawa ke kubur untuk SOAL KUBUR.

Mati itu benar, soal kubur itu juga benar.

Wednesday, November 02, 2011

10 PeriNgataN BuMi KpD MaNuSiA




berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Wednesday, October 19, 2011

MuSiBah atau AnuGeraH..


Ketika pagi masih dingin, si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya lalu diatur ke dalam pedati. Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.
“Eh, kenapa dengan kudaku ini?” Dia mendekati kudanya yang terbaring. Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung memikirkan bagaimana dia hendak mengangkut sayur-sayurnya.



Si penjual sayur itu kemudian menemui seorang ulama lalu menceritakan masalahnya. “Inilah musibah yang paling buruk pernah terjadi kepadaku,” Si penjual sayur itu berkeluh-kesah. Ulama itu mengangkat bahu sambil menarik nafas.

“Mungkin ya, mungkin tidak.” Spontan ulama itu menjawab. Si penjual sayur berkerut dahi. Dia kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu dia pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, matanya terpaku. Seekor kuda liar sedang mengibas-ngibas ekornya sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.



“Bukankah ini satu anugerah?”Si penjual sayur kembali semula memberitahu ulama itu. Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.

“Mungkin ya, mungkin tidak!” Si penjual sayur semakin kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu kembali semula ke rumahnya. Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya, dia terkejut. Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi kuda liar itu yang terlepas daripada tambatan. Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak kuda liar itu. Si penjual sayur itu menangis sambil memeluk anaknya.

“Aku fikir kuda ini anugerah, rupa-rupanya hanya membawa musibah,” si penjual sayur itu berkeluh-kesah.

Tidak lama selepas itu terdengar berita akan berlaku peperangan. Semua pemuda diwajibkan menyertai peperangan. Namun, oleh kerana kaki anak lelakinya masih dirawat, maka anaknya dikecualikan daripada menyertai peperangan tersebut. Si penjual sayur itu bersyukur. Barulah dia sedar bahawa musibah yang melandanya juga merupakan satu anugerah.

Friday, September 16, 2011

PeSanaN ImaM AL-GhAzALi

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.



“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah nafsu
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .



“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah memegang amanah

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Monday, August 08, 2011

Romelu Lukaku:New Signing for CHELSEA

Chelsea are near to signing Belgian Star ROMELU LUKAKU. They are now agreed with the deal. Hope this is best transfer for Chelsea after slow start from Torres. 



Below some goal from Romelu Lukaku.


Monday, May 23, 2011

Kerja Kerajaan Makan Gaji.

Sekadar untuk berkongsi bersama teman seperjuangan yang kerja kerajaan...


Thursday, May 19, 2011

SeRaNgaN JaNtuNg & MiNum AiR SuAm




Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan  Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh  panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

KatA-KatA Prof. UnGku AziZ

Mana satukah Anda?



PeTuA Melayan IsTerI

Sayangilah Isteri Kita



1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
  

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah…  

Penipu dalam Mudah.my




Fraudster !! Mohd Shanin B Mohd Miazuddin
beware of this guy Mohd Shanin B Mohd Miazuddin with maybank account no 114115025542  
phone number .  013-4637249   . . 
This guy may be post fake ad everywhere, I bank in RM250 to his account on 29/8/09 bulan puasa lagi. Then he didn't turn up and no tracking no at all... Pls aware this people.... 

Ini adalah petikan yang saya jumpa dalam beberapa laman web. Saya juga tidak terkecuali ditipu oleh mamat Indon ini. Oleh itu berhati-hatilah membeli barang dalam mudah.my. Seeloknya beli by-hand dengan penjual tersebut. Lagi Selamat......

PeTuA-PeTuA HaDaPi PeRteNgKaraN

PETUA-PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN

Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :

Wednesday, May 18, 2011

DaYuS...

Dayuskah Anda?

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

BeRtiNdakLah SeGeRa SeBeluM TerLamBat

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”. Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”. Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Saturday, April 23, 2011

FADHILAT BERCIUM.(KHAS UNTUK SUAMI ISTERI)

Selepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sebelum ke kerja. Lagi banyak lagi bagus!tidak kisahlah siapa start dulu..hehe..jangan segan2..banyak fadhilatnya.....yang belum kahwin, jangan mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.

Friday, April 22, 2011

Ujian Allah kepada kita...

Kekadang kita rasa ujian Allah yang berikan kita amatlah berat tetapi ada lagi hamba Allah yang lain menerima ujian lebih berat lagi. Disini saya ingin kongsikan kisah sedih yang mengingatkan kita tentang ujian Allah.
Kisahnya bermula.....

Thursday, April 21, 2011

Malaikat kecil....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Wednesday, April 20, 2011

ADAB-ADAB SEORANG MUSLIM

Bersama ini dikirimkan santapan rohani yang banyak terdapat dalam blog-blog lain agar ia menjadi iktibar dan peringatan kepada kita.
1. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.

Makan kambing seorang seekor

Pertama kali seumur hidupku inilah kali pertama aku tengok orang jamu kambing goreng seorang seekor. Habis ka diorang makan. Ni kalau ikutkan untuk berpuluh orang makan. Boleh buat kenduri satu kampung..ishk..ishk..dasyat.. Rasanya kat Malaysia ada tak.









Monday, April 18, 2011

Ikhlas ka tidak???

Sudah setahun saya tidak update blogku ini. Sibuk kah aku? Sekarang aku akan ceriakan kembali blogku yang telah lama ku lupakan. Terimalah sebuah kisah yang mungkin pernah kita alami dalam kehidupan seharian kita.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...