Sunday, July 17, 2005

KarYa UnTuK SuaMi & IsTeRi

Sebuah Karya Untuk Suami Dan Isteri

Sebuah karya untuk semua
Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,Tidaklah setaqwa Aisyah,Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Amin
Wahai ISTERI pula. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memiliki suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH. Amin
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Sekian, wassalam
"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...