Friday, June 01, 2012

Jawatan Kosong UUM


jawatan kosong  UUM


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia(UUM).

1.             Jawatan               :      PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (1 KEKOSONGAN - KONTRAK)
2.             Jawatan               :      PEGAWAI TADBIR GRED N41 (2 KEKOSONGAN - TETAP) 
3.             Jawatan               :      PUSTAKAWAN GRED S41 (2 KEKOSONGAN - TETAP) 
4.             Jawatan               :      PEGAWAI FARMASI GRED U41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
5.             Jawatan               :      PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
6.             Jawatan               :      PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G32 (1 KEKOSONGAN – TETAP)
7.             Jawatan               :      PEMBANTU MAKMAL GRED C17 (1 KEKOSONGAN - TETAP) 
8.             Jawatan               :      JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (3 KEKOSONGAN - KONTRAK)
9.             Jawatan               :       JURUTEKNIK AWAM GRED J17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
10.             Jawatan               :      JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17 (1 KEKOSONGAN - TETAP) 
11.             Jawatan               :      JURUTEKNIK ELEKTRONIK GRED J17 (3 KEKOSONGAN - KONTRAK) 
12.            Jawatan                :      JURUTEKNIK ARKITEK GRED J17 (2 KEKOSONGAN - KONTRAK) 
13.            Jawatan                :      PELUKIS PELAN GRED J17 (4 KEKOSONGAN - KONTRAK)
14.            Jawatan                :      PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
15.           Jawatan                 :      PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
16.           Jawatan                 :      TUKANG K2 (MEKANIKAL) GRED R11 (3 KEKOSONGAN -  1 TETAP, 2 KONTRAK) 
17.           Jawatan                 :      TUKANG K3 (ELEKTRONIK) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
18.           Jawatan                 :      TUKANG K3 (MENGECAT) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
19.           Jawatan                 :      OPERATOR LOJI GRED R3 (3 KEKOSONGAN – KONTRAK)

CARA MEMOHON


(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan mengemukakan sampul surat
berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang
mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak
RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos,
dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.

(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan
Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui
Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan
Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.  Permohonan yang tidak lengkap tidak akan
dilayan.

(iii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri
sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
(iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah
dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel      :       04-928 3864/4131

(v) Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan syarat-syarat kelayakan
boleh  diperolehi melalui Laman Web berikut : http://www.pendaftar.uum.edu.my/

(vi)  Tarikh tutup permohonan :  21 Jun 2012 (Khamis)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...